Friday, 24 May 2013

Mengejutkan! Wanita 50 Tahun Mengandung Seekor Ular




Mengejutkan! Wanita 50 Tahun Mengandung Seekor Ular - Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandungkan seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan.
Apabila merasakan perutnya membuncit, dia telah menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.
Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.
Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.
Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.
Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu. – 2dayblogge

Gadis 14 Tahun Jual Body Demi Beli Mcd




Faelyn Ritz, 18
Tempe, Arizona – Seorang remaja Valley menghadapi pertuduhan pelacuran kanak-kanak setelah cuba untuk berdagang seks untuk mendapatkan makanan. Faelyn Ritz, 18, telah ditangkap selepas dia dan seorang gadis berusia 14 tahun telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan dua lelaki dan sebagai balasannya mereka dapat makan di McDonald. Polis menghampiri Faelyn Ritz selepas melihat dia dan gadis berusia 14 tahun itu  bersama dua orang lelaki membincangkan perjanjian di kawasan Priest and Broadway.
Ketika bercakap dengan pegawai-pegawai, Faelyn Ritz mengakui bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan lelaki itu untuk menukar khidmat seksual dan makanan di McDonald. Dist juga mendedahkan bahawa dia telah menjadi pelacur sejak usia 15 dan mengenakan caj $ 200 sejam untuk perkhidmatannya.
Faelyn Ritz berkata dia berkenalan dengan gadis berusia 14 tahun itu melalui seorang kawan, tetapi tidak mengetahui umurnya sehingga mereka masuk ke sebuah bilik di Motel 6. Faelyn Ritz juga menyatakan bahawa dia dan gadis itu telah bersetuju pada ketika itu untuk melacur demi McDonald. Faelyn Ritz menambah bahawa dia ada merancang untuk mengambil sebahagian wang gadis 14 tahun itu hasil daripada kerja pelacuran. Faelyn Ritz telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara Tempe

WAJIB BACA !!" Ku Sangka Orang Gila "




WAJIB BACA !!

" Ku Sangka Orang Gila "



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

# Jangan sangka buruk pada orang , rupa tak mencerminkan hati

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Thursday, 23 May 2013

TABIK ! Muslimah vs tini pinky

MAHKAMAH TINGGI PERINTAH SAIFUL APEK DAN 3 PEKERJA BELA DIRI


Pelakon dan pelawak terkenal Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau dikenali dengan panggilan Saiful Apek (tengah) bersama Shaiful Shahrom (baju putih hijau), Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya (baju kelabu) dan Noremy Mohamed (belakang) diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Rabu. Mereka didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas. - fotoBERNAMA


SHAH ALAM : Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintah membela diri atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas. 

Dalam penghakimannya, Abdul Alim berkata beliau cuba melihat kerompongan dalam kes pendakwaan namun semuanya mempunyai penjelasan.

"Ujian air kencing keempat-empat tertuduh juga positif, jadi bagaimana mahkamah boleh katakan bahawa pegawai yang menjalankan ujian air kencing itu berbohong?

"Manusia lakukan kesilapan, dan menghisap dadah pun satu kesilapan. Mahkamah mementingkan keadilan, jadi saya ketepikan semua perintah Majistret dan kesemua responden diperintah membela diri dalam kes ini di Mahkamah Majistret yang sama," katanya.
Abdul Alim menetapkan Isnin ini untuk sebutan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pada 25 Jun tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad. 

Sumber : BERNAMA (mStar Online)

WANITA PERLU BERJAGA-JAGA DI 5 NEGARA INI



Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

GEMPAR!! LELAKI DUYUNG DITEMUI

Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Pelbagai gaya Ducharme sebagai ikan duyung.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.

Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.

“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.

“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.

Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.

“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.

“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. 

WALAWAEH!! Hacker yang paling seksi


ngelina Jolie dalam filem 'Hackers' mungkin seorang hacker yang paling seksi tapi sekurang-kurangnya, awek ni real.. bukan watak dalam filem.

Kristina Svechinskaya, 22 tahun adalah seorang rakyat Rusia yang disabitkan kesalahan menggelapkan berjuta wang dari beberapa akaun US dan Uk bersama rakan-rakannya. Kumpulan mereka menggunakan trojan Zeus yang dihantar ke emel pengguna seterusnya akan memantau aktiviti mereka dan dengan licik akan mencuri segala maklumat berkaitan.












ANEH: 9 cara mandi paling aneh didunia.


Berikut merupakan 9 cara mandi paling aneh didunia.

1) Curry Bath

Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menikmati kari air panas sambil mandi, mandi seperti ini dikatakan dapat menjaga kulit kita.


2) Petroleum Bath

Dianggapkan bahawa ini adalah cara mandi yang paling extreme. Jangan biarkan ada percikan api ketika anda mandi atau anda akan terbakar!. Gambar lelaki dalam foto adalah lelaki Azerbaijan. Dikatakan dengan mandi seperti ini dapat efektif dalam mengelak daripada dijangkiti penyakit kulit dan arthritics.


3) Red Wine Bath

Foto diambil di Jepun. Anda boleh menikmati wine anggur (bagi non muslim) sekali ketika mandi.. Itupun sekiranya anda tidak jijik.

 

4)Soil Bath

Gambar diambil di Kyushu, Jepun. Mereka menimbuskan seluruh tubuh mereka untuk menikmati mandian ini. Mandi seperti ini dikatakan dapat mengeluarkan peluh. Ini macam ala-ala sauna.

 

5)Beer Bath

Kejadian dirakamkan di Jepun. Orang boleh menikmati bir ketika mandi. (bagi non muslim)




6)Black Mud Bath

Lumpur hitam inii terkenal sebagai mask untuk wajah.. untuk mandian? yukss


 

7) Milk Bath

Ini sangat sesuai bagi yang sangat menjaga kulit mereka.


 

8) Chocolate Bath

Sambil menikmati chocolate sambil mandi.. tak sampai hati pulak nak mandi.. baik makan je coklat tu.. hikhik




9) Tomato Bath

macam arghhh~ makanan tu beb!!