Thursday, 8 January 2015

Kaedah Lupus Al-Quran Yang Musnah Ditenggemi Banjir



Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini pasti menyebabkan banyak barang-barang yang ada dirumah yang ditenggelami banjir akan rosak.

Barang-barang itu sudah pastinya termasuk kitab suci Al-Quran yang ditenggelami air dan rosak. Jadi untuk melupuskan sisa-sasa Al-Quran tersebut sudah pasti ada caranya,

Oleh kerana itu pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah  mencadangkan agar dikeluarkan panduan dan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk melupuskan naskah-naskah Al-Quran atau buku-buku agama yang telah rosak akibat bencana banjir.

Perkara ini berikutan pengalaman para sukarelawan PPIM yang menyertai misi bantuan banjir baru-baru ini telah menjumpai sejumlah besar naskah Al-Quran yang telah musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.

Pihak PPIM telah mencadangkan agar naskah Al-Quran dan buku-buku agama itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau-surau yang berhampiran ini kerana untuk memastikan kitab suci ini dilupuskan mengikut tatacara yang betul.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri memohon kerjasama semua untuk mewarwarkan semula prosedur yang boleh digunapakai oleh orang awam untuk melaksanakan garis panduan pelupusan naskah Al-Quran dan buku-buku agama dengan cara yang betul.Quran seperti yang disyariatkan oleh agama Islam

No comments:

Post a Comment